Tuesday, December 26, 2006

Set Habis Bersalin



Salam.
Ada info yg saya nak share dgn semua. Adik ipar saya baru melahirkan anak ke-5 dan sya tlh perkenalkan dia dgn product keluaran Revell. Katanya, alhamdulillah senang buang air besar, badan tak panas, rasa segar & cergas sepanjang hari. Tak letih la... Berat badan pun kembali spt sblm mengandung. Sblm ni dia tak pernah mencuba mana2 set bersalin. Cuma amalkan ubat periuk.
Saya pernah cuba set Tropical Herbs (TH) selepas melahirkan anak-2. Memang best. Berat badan kembali normal. Dpt bengkung free tapi bg saya yg berbadan kecil & rendah, bengkung tu tak sesuai sbb panjang & besar sgt utk saya. Suggesstion saya, go for TH tapi harganya agak mahal. Kalau nak yg lebih murah tapi hasil yang sama, go for Sari Herba Revell. Harga non-member kalau tak silap RM100 jer.
Below ada detailsnya:
Set Habis Bersalin: Khas untuk wanita-wanita yang baru melahirkan anak (cukup untuk 40 hari pantang).
Tampang: Campuran akar kayu yang direbus untuk melancarkan peredaran darah dan mengeluarkan darah kotor daripada rahim. (dlm bentuk uncang teh, mcm TH gak)
Jamu bersalin 1 (300 pil): Melancarkan peredaran darah. Menambahkan tenaga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak.
Jamu bersalin 2 (400 pil): Berkhasiat untuk mengecutkan kembali rahim yang mengembang semasa mengandung. Merapatkan kembali otot-otot vagina dan menurunkan berat badan.
Param (24 keping): Ubat badan untuk mengecutkan kembali otot-otot dan urat-urat badan yang bengkak terutamanya di kaki yang selalu kebas dan sengal-sengal.
Tapel (15 keping): Mengecutkan otot-otot perut yang kendur Memutihkan kembali perut yang selalunya mempunyai tanda-tanda hitam selepas melahirkan anak.
Pilis (15 keping): Khas untuk menyegarkan ibu-ibu dalam pantang supaya tidak mudah mengantuk. Bagus untuk mengelakkan sakit kepala.
Minyak Unta: Campuran minyak kelapa sawit dengan herba-herba seperti halia bara yang bagus untuk memanaskan badan. Tidak mengandungi sulfur. Boleh digunakan sebagai minyak gosok semasa urutan selepas bersalin terutamanya jika ada masalah pembengkakan kaki. Mengandungi minyak kayu yang bagus untuk mengubati masalah kembung perut. Boleh digunakan untuk seluruh keluarga untuk merawat luka2 kecil, kembung perut, terseliuh dan gigitan serangga.
Sabun Lulur: Istimewa bagi ibu2 selepas bersalin kerana pada lazimnya terdapat tanda-tanda hitam pada kulit, perut, leher, kelengkang dan ketiak. Bagus untuk anak-anak yang mempunyai ruam panas. Permukaan kasar melancarkan peredaran darah di bawah permukaan kulit dan akan membuat ibu-ibu berasa lebih segar. (Ni paling best. Sampai sekarang saya sekeluarga menggunakannya. Rasa mcm baru lepas mandi lulur.)
Kalau agak2 berminat, boleh email saya.

No comments: