Tuesday, November 28, 2006

Minyak Urut Gamat

Catatan ni khas utk Timmy sbb ptg tadi tanya pasal minyak nie.

Minyak Urut Gamat diadun dr. minyak yg bermutu tinggi terdiri drp campuran minyak tunas gandum, minyak biji anggur, minyak zaiton dan lain2 minyak herba berserta dgn gamat tulen yg tlh diproses. Ianya dirumuskan dgn pati minyak serai utk memberi aroma yg sensasi & merangsangkan kulit.

  • Menyenangkan proses mengurut
  • Pati minyak menyerap ke dlm kulit bg meredakan kelesuan & juga ketegangan otot2
  • Membantu menegangkan tisu2 serta menegangkan lapisan kulit yg kendur
  • Membantu mengurangkan selulit/lemak dgn teknik urutan yg betul
  • Aroma semulajadi serai wangi memberi kesegaran serta melegakan individu dr. sebarang tekanan
Sebenarnya, byk kegunaan lain minyak ni misalnya..... membantu mengurangkan/menghilangkan kesan hitam akibat kulit mati di mana2 bhgn badan spt di bwh pelipat lutut, celah ketiak, celah kangkang (eeiii... malu nak type) etc. Utk baby gunakan lps mandi kat perut, belakang badan, betis & tapak kaki utk elakkan kembung. Anak2 Akak kalau dah penat melasak siang akak urutkan perlahan2 kat belakang badan terutama bhgn bahu sblm tido. Depa suka sgt mungkin sbb rasa selesa.

Utk org dewasa pun sesuai. Kalau lenguh2 bahu, sapukan jer sampai dia menyerap kat kulit. Nanti rasa nyaman jer. Tak payah nak urut bagai nak rak. Lagipun minyak ni tak tinggalkan kesan minyak pada kulit mcm minyak urut biasa tue. Kulit pun terasa lembut jer. Ada sorang kwn tu, kaki dia terseliuh lps main bola. Nak pi urut kena tunggu esoknya sbb tukang urut tak kat rumah. Dia sapu minyak ni. Kata dia Alhamdulillah kaki dia lega. Terus dia beli lagi sebotol utk letak kat office lak.

Abah Akak ada gout. Dia selalu sakit sendi especially kat jari2 tgn. Dia suka sgt guna minyak ni; dia kata bagus. Sesuai dgn dia. Emak Akak bila kena gatal2 kulit dia mesti cari minyak ni. Kita yg pompuan ni pu kadang2 kena gatal2 kat celah kangkang kan? Sapukan jer minyak ni, Insyaallah. Selain tu, minyak ni sgt bagus utk lelaki especially bila saat2 intim (paham2 jer lah). Kalau nak tau camne guna dia, email/call me in private.

Bg yg perut boroi.... ada cara nak urut bg pecahkan lemak. Ha... ni pun kena email/call personally.

Setakat ni jer yg teringat kegunaan dia. Nanti kalau ada lagi, Akak update blog. OK?

No comments: